Assalamualaikum w.b.t Blog ini diwujudkankan bertujuan memudahkan murid tingkatan 1 mendapatkan maklumat dan penjelasan berkaitan hukum-hakam bagi subjek As-Syariah tingkatan satu secara talian. Anda boleh meninggalkan sebarang pertanyaan di bahagian komen yang disediakan.Terima Kasih

SOLAT

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1.       Menyebut definisi solat
2.       Menyebut dalil wajib solat
3.       Menjelaskan lima waktu solat fardhu
4.       Membezakan waktu solat fardhu
5.       Menyebut rukun-rukun solat
6.       Menjelaskan perkara-perkara yang membatalkan solat
7.       Membezakan syarat sah dan syarat wajib solat

1.      DEFINISI

Solat (bahasa Arabصلاة; pl. ṣalāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.
Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuhzohorasarmaghrib dan isyak.
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Bagi mereka yang musafir, ia merupakan rukhsah (keringanan) yang diberikan, dan harus bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya. Ini berdasarkan hadis:-
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

2.       WAKTU-WAKTU SOLAT

Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.
Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.
Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang.
Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq.
Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.

3.       DALIL WAJIB SOLAT

a.       Dalil-dalil Al-Quran.

Surah Al-Baqarah ayat 149 :
Maksudnya :
" Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan solat ) hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram ( Kaabah ). Sesunggunya perintah berkiblat ke Kaabah itu benar dari Allah ( tuhanmu ) dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan "

b.      Dalil-dalil Hadis.

Ayat-ayat ini dijelaskan Rasulullah saw dengan sabdanya : “Islam didirikan dari lima sendi : mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah yang Maha Esa, mengaku bahawasanya Muhammad itu pesuruhNya; mendirikan solat; mengeluarkan zakat; mengerjakan haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (HR BUKHARI DAN MUSLIM DARI IBNU UMAR)


4.       SYARAT WAJIB SOLAT

1.       Islam
2.       Baligh
3.       Berakal
4.       Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

5.       SYARAT SAH SOLAT


1.       Suci dan bersih badannya dari hadas besar dan kecil – Ertinya seseorang itu telahpun berwuduk dan mandi hadas. Sabda Rasulullah s.a.w.
"Allah tidak menerima solat seseorang dari kamu, apabila dia berhadas sehingga dia berwuduk" (H.R. Bukhari,Muslim).
2.       Suci dan bersih pakaian serta tempat solat dari najis – Orang yang mendirikan solat wajib suci pakaian dan tempat solatnya dari najis, kecuali najis yang dimaafkan seperti darah yang sedikit, kotoran yang melekat pada kaki dan sebagainya. Dalam kaedah feqah disebutkan bahawa "kesukaran itu dapat menarik keringanan", oleh itu najis yang dimaafkan itu tidak membatalkan solat.
3.       Menutup aurat – Adapun menutup aurat bagi wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki ialah diantara pusat hingga lutut. Batas ini paling penting dan wajib ditutup dalam solat. Firman Allah s.w.t.
"Wahai manusia, pakailah perhiasan mu ketika hendak solat di masjid" (Al-A'raf:31).
4.       Menghadap Kiblat – Ketika mendirikan solat, kita diwajibkan menghadap kiblat iaitu Kaabah berdasarkan firman Allah s.w.t.
"Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah)" (Al-Baqarah:144).
5.       Yakin bahawa waktu solat telah masuk – Dengan yakin telah masuk waktu solat fardu yang hendak dilaksanakan.
(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati syarat sah solat)

6.       RUKUN SOLAT

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
1.       Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
2.       Niat.[Qalbi]
3.       Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
4.       Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
5.       Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
6.       Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
7.       Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
8.       Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
9.       Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
10.   Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
11.   Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
12.   Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
13.   Tertib [Qalbi]

7.       PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

1.       Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
2.       Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
3.       Makan/minum dengan sengaja membatalkan solat.[4]
4.       Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
5.       Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
6.       Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
7.       Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
8.       Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
9.       Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
10.   Meninggalkan rukun solat.
11.   Murtad