1. Menyebut l definisi wudu.
2. Menyebut dan menghafa dalil pensyariatan wudu'
3. Menjelasjan hukum wudu'
4. Menjelaskan syarat Wudu'
5. Menjelaskan rukun wudu'
6. Menyebut perkara perkara sunat dalam wudu'
7. Menyebut perkara- perkara yang membatalkan wudu'
8. Menjelskan hikmah-hikmah berwudu'
9. Melazimi berwudu'
Wudu’ merupakan salah satu syarat sah solat (orang yang akan solat, diwajibkan berwudhu lebih dulu, tanpa wudhu solatnya tidak sah.
1. Definisi Wudhu’
a. Bahasa: Bersih dan Indah.
b. Istilah: Menggunakan air pada anggota badan tertentu dengan cara tertentu yang dimulai dengan niat.
2. Dalil Disyariatkan Wudu’
a. Dalil Al-Quran
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ
“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka cucilah muka-muka kalian dan tangan-tangan kalian sampai ke siku, usaplah kepalamu dan cucilah kaki-kaki kalian sampai kedua mata kaki” [Al Maidah: 6]
b. Dalil Hadis
Hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
لَا تُقْبَلُ صَلَاةُ أَحَدِكُمْ إِذَا أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأ
“Tidak akan diterima shalat seorang diantara kalian jika ia berhadats hingga dia berwudhu”
[Riwayat Bukhari (135), Muslim (225)]
c. Dalil Ijma’ Ulama’
Telah bersepakat para ulama’ dari zaman Rasulullh S.A.W sehingga hari ini tentang pensyariatan berwudu’
3. Hukum Berwudu’
a. Wajib bagi yang hendak mengerjakan:
1. Solat
2. Tawaf Kaabah
3. Menyentuh Al-Quran
b. Sunat
1. Sunat sentiasa dalam keadaan berwudu’
2. Sunat muakkad (dituntut) bagi beberapa perkara contohnya ketika membaca Al-Quran, berzikir dan sebelum tidur.
4.Syarat Wajib Berwudu’
1. Berakal
2. Baligh
3. Mampu meneyntuh air (tidak sakit dan sebagainya)
5.Syarat Sah Wudu’
1. Islam
2. Mumayyiz (cerdik)
3. Suci anggota wudu’ dari najis
4. Tidak dalam keadaan nifas dan haid
5. Menghilangkan perkara yang menghalang air sampai ke anggota wudu’
6. Meratakan air ke anggota wudu’
6.Rukun Wudu’
1. Niat
2. Basuh muka
3. Basuh dua tangan sehinnga siku
4. Menyapu sebahagian kepala
5. Basuh kaki sehingga buku lali
6. Tertib (Ikut turutan)
7.Sunat-Sunat Wudu’
1. Mengadap kiblat
2. Membaca Basmalah
3. Basuh dua pergelangan tangan
4. Bersih gigi dengan berus/siwak
5. Berkumur
6. Memasukkan air ke dalam hidung
7. Menyapu keseluruh kepala
8. Menyelati/gosok di bahagian celah jari kaki dan tangan dan di celah janggut yang tebal.
9. Menyapu di bahagian dalam dan luar dua telinga
10. Membasuh anggota kanan dahulu
11. Membasuh anggota tiga kali
12. Mualat (berturut-turut)
13. Melebihkan basuhan di anggota wudu’
14. Tidak membazir air
15. Tidak bercakap ketika berwuduk
16. Membaca doa selepas Wuduk
17. Mengerjakan Solat Sunat Wudu’
8.Perkara Membatalkan Wudu’
1. Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul dan dubur)
2. Tidur yang tidak tetap punggung
3. Hilang akal (gila), mabuk dan pengsan/pitam
4. Meyentuh kulit lelaki dan perempuan yang ajnabi (mahram)
5. Menyentuh kemaluan anak adam (manusia) dengan tapak tangan
9.Hikmah Pensyariatan Wudu’
1. Diampunkan dosa
2. Doa diterima
3. Tanda beriman
4. Dijauhkan dari penyakit kerana bersuci.