Assalamualaikum w.b.t Blog ini diwujudkankan bertujuan memudahkan murid tingkatan 1 mendapatkan maklumat dan penjelasan berkaitan hukum-hakam bagi subjek As-Syariah tingkatan satu secara talian. Anda boleh meninggalkan sebarang pertanyaan di bahagian komen yang disediakan.Terima Kasih

BUKU TEKS TAJUK WUDU’ (AS-SYARIAH TINGKATAN SATU

Berikut adalah gambar dari buku teks As-Syariah tingkatan satu

    Muka Surat


Bab Wudu'

Definisi dan dalil

Hukum

Syarat Wajib Wudu'

Rukun Wudu'


Sunat-sunat dalam wudu'

Perkara membatalkan wudu'

Hikmah berwudu'





WUDU'

Objektif Pelajaran:

1. Menyebut l definisi wudu.
2. Menyebut dan menghafa dalil pensyariatan wudu'
3. Menjelasjan hukum wudu'
4. Menjelaskan syarat Wudu'
5. Menjelaskan rukun wudu'
6. Menyebut perkara perkara sunat dalam wudu'
7. Menyebut perkara- perkara yang membatalkan wudu'
8. Menjelskan hikmah-hikmah berwudu'
9. Melazimi berwudu'




Wudu’ merupakan salah satu syarat sah solat (orang yang akan solat, diwajibkan berwudhu lebih dulu, tanpa wudhu solatnya tidak sah.

1.      Definisi Wudhu’


a.     Bahasa: Bersih dan Indah.
b.    Istilah: Menggunakan air pada anggota badan tertentu dengan cara tertentu yang dimulai dengan niat.


2.    Dalil Disyariatkan Wudu’


a.     Dalil Al-Quran


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka cucilah muka-muka kalian dan tangan-tangan kalian sampai ke siku, usaplah kepalamu dan cucilah kaki-kaki kalian sampai kedua mata kaki” [Al Maidah: 6]

b.      Dalil Hadis

Hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
لَا تُقْبَلُ صَلَاةُ أَحَدِكُمْ إِذَا أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأ

“Tidak akan diterima shalat seorang diantara kalian jika ia berhadats hingga dia berwudhu” 
[Riwayat Bukhari (135), Muslim (225)]

c.       Dalil Ijma’ Ulama’

Telah bersepakat para ulama’ dari zaman Rasulullh S.A.W sehingga hari ini tentang pensyariatan berwudu’



3.       Hukum Berwudu’

a.       Wajib bagi yang hendak mengerjakan:

1.       Solat
2.       Tawaf Kaabah
3.       Menyentuh Al-Quran

b.      Sunat

1.       Sunat sentiasa dalam keadaan berwudu’
2.       Sunat muakkad (dituntut) bagi beberapa perkara contohnya ketika membaca Al-Quran, berzikir dan sebelum tidur.


4.Syarat Wajib Berwudu’

1.       Berakal
2.       Baligh
3.       Mampu meneyntuh air (tidak sakit dan sebagainya)

5.Syarat Sah Wudu’

1.       Islam
2.       Mumayyiz (cerdik)
3.       Suci anggota wudu’ dari najis
4.       Tidak dalam keadaan nifas dan haid
5.       Menghilangkan perkara yang menghalang air sampai ke anggota wudu’
6.       Meratakan air ke anggota wudu’

6.Rukun Wudu’

1.       Niat
2.       Basuh muka
3.       Basuh dua tangan sehinnga siku
4.       Menyapu sebahagian kepala
5.       Basuh kaki sehingga buku lali
6.       Tertib (Ikut turutan)




7.Sunat-Sunat Wudu’

1.       Mengadap kiblat
2.       Membaca Basmalah
3.       Basuh dua pergelangan tangan
4.       Bersih gigi dengan berus/siwak
5.       Berkumur
6.       Memasukkan air ke dalam hidung
7.       Menyapu keseluruh kepala
8.       Menyelati/gosok  di bahagian celah jari kaki dan tangan dan di celah janggut yang tebal.
9.       Menyapu di bahagian dalam dan luar dua telinga
10.   Membasuh anggota kanan dahulu
11.   Membasuh anggota tiga kali
12.   Mualat (berturut-turut)
13.   Melebihkan basuhan di anggota wudu’
14.   Tidak membazir air
15.   Tidak bercakap ketika berwuduk
16.   Membaca doa selepas Wuduk
17.   Mengerjakan Solat Sunat Wudu’

8.Perkara Membatalkan Wudu’

1.       Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul dan dubur)
2.       Tidur yang tidak tetap punggung
3.       Hilang akal (gila), mabuk dan pengsan/pitam
4.       Meyentuh kulit lelaki dan perempuan yang ajnabi (mahram)
5.       Menyentuh kemaluan anak adam (manusia) dengan tapak tangan

9.Hikmah Pensyariatan Wudu’

1.       Diampunkan dosa
2.       Doa diterima
3.       Tanda beriman
4.       Dijauhkan dari penyakit kerana bersuci.


WUDU' (POWER POINT)

NOTA WUDU' PELBAGAI BERGAMBAR









Hukum berwudu'


LATIHAN PENGUKUHAN / KUIZ







VIDEO PANDUAN BERWUDU'







PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN WUDU'














VIDEO CARA SOLAT, WIRID SELEPAS SOLAT DAN DOA SELEPAS SOLAT








SOLAT

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1.       Menyebut definisi solat
2.       Menyebut dalil wajib solat
3.       Menjelaskan lima waktu solat fardhu
4.       Membezakan waktu solat fardhu
5.       Menyebut rukun-rukun solat
6.       Menjelaskan perkara-perkara yang membatalkan solat
7.       Membezakan syarat sah dan syarat wajib solat

1.      DEFINISI

Solat (bahasa Arabصلاة; pl. ṣalāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.
Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuhzohorasarmaghrib dan isyak.
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Bagi mereka yang musafir, ia merupakan rukhsah (keringanan) yang diberikan, dan harus bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya. Ini berdasarkan hadis:-
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

2.       WAKTU-WAKTU SOLAT

Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.
Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.
Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang.
Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq.
Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.

3.       DALIL WAJIB SOLAT

a.       Dalil-dalil Al-Quran.

Surah Al-Baqarah ayat 149 :
Maksudnya :
" Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan solat ) hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram ( Kaabah ). Sesunggunya perintah berkiblat ke Kaabah itu benar dari Allah ( tuhanmu ) dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan "

b.      Dalil-dalil Hadis.

Ayat-ayat ini dijelaskan Rasulullah saw dengan sabdanya : “Islam didirikan dari lima sendi : mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah yang Maha Esa, mengaku bahawasanya Muhammad itu pesuruhNya; mendirikan solat; mengeluarkan zakat; mengerjakan haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (HR BUKHARI DAN MUSLIM DARI IBNU UMAR)


4.       SYARAT WAJIB SOLAT

1.       Islam
2.       Baligh
3.       Berakal
4.       Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

5.       SYARAT SAH SOLAT


1.       Suci dan bersih badannya dari hadas besar dan kecil – Ertinya seseorang itu telahpun berwuduk dan mandi hadas. Sabda Rasulullah s.a.w.
"Allah tidak menerima solat seseorang dari kamu, apabila dia berhadas sehingga dia berwuduk" (H.R. Bukhari,Muslim).
2.       Suci dan bersih pakaian serta tempat solat dari najis – Orang yang mendirikan solat wajib suci pakaian dan tempat solatnya dari najis, kecuali najis yang dimaafkan seperti darah yang sedikit, kotoran yang melekat pada kaki dan sebagainya. Dalam kaedah feqah disebutkan bahawa "kesukaran itu dapat menarik keringanan", oleh itu najis yang dimaafkan itu tidak membatalkan solat.
3.       Menutup aurat – Adapun menutup aurat bagi wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki ialah diantara pusat hingga lutut. Batas ini paling penting dan wajib ditutup dalam solat. Firman Allah s.w.t.
"Wahai manusia, pakailah perhiasan mu ketika hendak solat di masjid" (Al-A'raf:31).
4.       Menghadap Kiblat – Ketika mendirikan solat, kita diwajibkan menghadap kiblat iaitu Kaabah berdasarkan firman Allah s.w.t.
"Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah)" (Al-Baqarah:144).
5.       Yakin bahawa waktu solat telah masuk – Dengan yakin telah masuk waktu solat fardu yang hendak dilaksanakan.
(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati syarat sah solat)

6.       RUKUN SOLAT

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
1.       Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
2.       Niat.[Qalbi]
3.       Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
4.       Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
5.       Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
6.       Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
7.       Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
8.       Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
9.       Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
10.   Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
11.   Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
12.   Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
13.   Tertib [Qalbi]

7.       PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

1.       Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
2.       Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
3.       Makan/minum dengan sengaja membatalkan solat.[4]
4.       Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
5.       Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
6.       Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
7.       Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
8.       Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
9.       Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
10.   Meninggalkan rukun solat.
11.   Murtad



NOTA SOLAT BERGAMBAR





Image result for rukun solat








Image result for sunat sunat dalam solat


Image result for sunat sunat dalam solat
Bacaan Surah Al-FatihahImage result for al fatihah

Bacaan Tahiyyat Akhir
Image result for tahiyat akhir