Assalamualaikum w.b.t Blog ini diwujudkankan bertujuan memudahkan murid tingkatan 1 mendapatkan maklumat dan penjelasan berkaitan hukum-hakam bagi subjek As-Syariah tingkatan satu secara talian. Anda boleh meninggalkan sebarang pertanyaan di bahagian komen yang disediakan.Terima Kasih
SOLAT
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
1.
Menyebut definisi solat
2.
Menyebut dalil wajib solat
3.
Menjelaskan lima waktu solat
fardhu
4.
Membezakan waktu solat
fardhu
5.
Menyebut rukun-rukun solat
6.
Menjelaskan perkara-perkara
yang membatalkan solat
7.
Membezakan syarat sah dan
syarat wajib solat
1. DEFINISI
Solat (bahasa
Arab: صلاة; pl. ṣalāt) merujuk
kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat
terbahagi kepada solat fardu dan solat
sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang
baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat
fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun
Islam.
Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu
sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya
untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Bagi mereka yang musafir, ia merupakan rukhsah (keringanan)
yang diberikan, dan harus bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.
Ini berdasarkan hadis:-
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan)
yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”.
Hadis riwayat Ahmad.
2.
WAKTU-WAKTU SOLAT
Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir
ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya
dengan benda itu.
Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis,
iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir
setelah terbenamnya matahari.
Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya
matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang.
Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega
merah sampai terbitnya fajar shadiq.
Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar
shadiq sampai terbitnya matahari.
3.
DALIL WAJIB SOLAT
a.
Dalil-dalil Al-Quran.
Surah Al-Baqarah ayat 149 :
Maksudnya :
" Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan
solat ) hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram ( Kaabah ). Sesunggunya
perintah berkiblat ke Kaabah itu benar dari Allah ( tuhanmu ) dan ingatlah
Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan "
b.
Dalil-dalil Hadis.
Ayat-ayat ini dijelaskan Rasulullah saw dengan sabdanya : “Islam didirikan dari lima sendi : mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah yang Maha Esa, mengaku bahawasanya Muhammad itu pesuruhNya; mendirikan solat; mengeluarkan zakat; mengerjakan haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (HR BUKHARI DAN MUSLIM DARI IBNU UMAR)
4.
SYARAT WAJIB SOLAT
1.
Islam
3.
Berakal
4.
Suci daripada haid dan
nifas bagi perempuan
5.
SYARAT SAH SOLAT
1.
Suci dan bersih badannya
dari hadas besar
dan kecil – Ertinya seseorang itu telahpun berwuduk dan mandi
hadas. Sabda Rasulullah s.a.w.
"Allah tidak menerima solat seseorang dari kamu,
apabila dia berhadas sehingga dia berwuduk" (H.R. Bukhari,Muslim).
2.
Suci dan bersih pakaian
serta tempat solat dari najis – Orang yang mendirikan solat wajib suci pakaian
dan tempat solatnya dari najis, kecuali najis yang dimaafkan seperti darah yang
sedikit, kotoran yang melekat pada kaki dan sebagainya. Dalam kaedah feqah
disebutkan bahawa "kesukaran itu dapat menarik keringanan", oleh itu
najis yang dimaafkan itu tidak membatalkan solat.
3.
Menutup aurat – Adapun menutup
aurat bagi wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangan.
Manakala aurat lelaki ialah diantara pusat hingga lutut. Batas ini paling
penting dan wajib ditutup dalam solat. Firman Allah s.w.t.
"Wahai manusia, pakailah perhiasan mu ketika hendak
solat di masjid" (Al-A'raf:31).
4.
Menghadap Kiblat – Ketika
mendirikan solat, kita diwajibkan menghadap kiblat iaitu Kaabah berdasarkan
firman Allah s.w.t.
"Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah)"
(Al-Baqarah:144).
5.
Yakin bahawa waktu solat
telah masuk – Dengan yakin telah masuk waktu solat fardu yang hendak
dilaksanakan.
(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara
yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka
perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati syarat sah solat)
6.
RUKUN SOLAT
Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
1.
Berdiri bagi yang mampu.
[Fi'li]
2.
Niat.[Qalbi]
3.
Takbiratul Ihram (Allahu
Akhbar yang pertama). [Qauli]
4.
Membaca surah Al-Fatihah.
[Qauli]
6.
Iktidal dengan tama'ninah.
[Fi'li]
8.
Duduk di antara dua sujud,
dengan tama'ninah. [Fi'li]
9.
Duduk Tasyahhud akhir.
[Fi'li]
10.
Membaca bacaan Tasyahhud
Akhir. [Qauli]
12.
Mengucapkan salam yang
pertama. [Qauli]
7.
PERKARA-PERKARA YANG
MEMBATALKAN SOLAT
1.
Keluar/kedatangan hadas
besar atau kecil.
2.
Berkata-kata dengan sengaja
walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
4.
Melakukan pergerakan di
luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
6.
Terkena najis yang tidak
dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
7.
Beralih arah dari kiblat
dengan sengaja (berpaling dada).
8.
Terbuka aurat dengan
sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
9.
Berubah niat dari satu
solat ke solat yang lain.
10.
Meninggalkan rukun solat.
11.
Murtad
Subscribe to:
Posts (Atom)