Assalamualaikum w.b.t Blog ini diwujudkankan bertujuan memudahkan murid tingkatan 1 mendapatkan maklumat dan penjelasan berkaitan hukum-hakam bagi subjek As-Syariah tingkatan satu secara talian. Anda boleh meninggalkan sebarang pertanyaan di bahagian komen yang disediakan.Terima Kasih

Jamuan buah-buahan

Assalmualikum.

Alhamdulillah, dengan pemurah Allah telah mengurniakan rezeki. Pada 26 Julai 2018 yang lalu pihak pentadbir bersama jawatankuasa kantin SMA Al-Islahiah Al-Islamiah yang dikelola oleh Ustaz Ahmad Syukrillah bin Jaafar telah mengadakan jamuan buah-buahan. Pihak majlis turut menjemput AJK Lembaga Pengelola Sekolah bagi meraikan majlis ini.





Kem Motivasi PT3 dan SPM

Assalamualaikum.

Pada 19 Julai yang lalu, pihak kurikulum dan kaunseling sekolah telah mengadakan kem jatidiri untuk murid-murid yang akan mengambil PT3 dan SPM di D' Puncak Beris Resort, Sik. Program ini dikendali oleh Cikgu Mohamad Faizal bin Ahmad Noriman selaku guru kaunseling di sekolah ini. Pihak sekolah telah menjemput pakar motivasi Cikgu Abdullah bin Ahmad yang merupakan bekas guru SMK Sik sebagai penceramah. Semoga peserta dapat mengambil input yang berguna untuk memotivasikan diri.




Muhadarah Bahasa Arab

Assalamaualaikum.

Pada 4 Jun 2018 yang lalu pihak pentadbir dan guru Persatuan Bahasa Arab SMA Al-Islahiah Al-Islamiah telah mengadakan satu pertandingan Muhadarah Bahasa Arab peringkat sekolah. Ia dikelola oleh Ustaz Azhar bin Hamid selaku guru Persatuan Bahas Arab dengan kerjasama guru-guru dan pelajar tingkatan 5. Semua murid diwajibkan menyertai pertandingan itu, antaranya ialah pertandingan khutbah, hiwar dan kalam jamaie. Program itu berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua pihak. 'HAYYA BILLUGHATIL ARABIAH''





Sambutan Aidil Fitri 1439

Assalamualaikum.

Alhamdulillah pada 25 Jun 2018 yang lalu SMA Al-Islahiah telah mengadakan satu jamuan Aidil Fitri dibawah kelola Ustaz Mohd Azhar bin Hamid selaku penyelaras SUMUR pada tahun ini. Program ini melibatkan lebih kurang 130 orang termasuk guru, staf, LPS, murid, dan jemputan kehormat. Program ini berjalan lancar dengan dan jaya dengan kerjasama dari semua pihak. '' KULLU AM WA ANTUM BIKHAIR''

Antara murid yang terlibat dalam menjayakan program.