Assalamualaikum.
Pada 19 Julai yang lalu, pihak kurikulum dan kaunseling sekolah telah mengadakan kem jatidiri untuk murid-murid yang akan mengambil PT3 dan SPM di D' Puncak Beris Resort, Sik. Program ini dikendali oleh Cikgu Mohamad Faizal bin Ahmad Noriman selaku guru kaunseling di sekolah ini. Pihak sekolah telah menjemput pakar motivasi Cikgu Abdullah bin Ahmad yang merupakan bekas guru SMK Sik sebagai penceramah. Semoga peserta dapat mengambil input yang berguna untuk memotivasikan diri.